Text size :
ADVANCEDSEARCH
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya jua, Jabatan Daerah Temburong telah berjaya menerbitkan sebuah laman sesawang rasmi yang telah dikemaskini untuk penggunaan orang ramai.
TEMBURONG, Ahad 28 April 2024 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Amo, Mukim Amo telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Amo, Daerah Temburong. Hadir di Majlis tersebut, Yang Mulia Awang Muhammad Usamah bin Haji Sarbini, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir pegawai kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penghulu Zon 2, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung di bawah tadahan Mukim Amo.
TEMBURONG - Isnin, 08 Mei 2023 bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah, Pekan Bangar, Daerah Temburong telah berlangsung Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023, Peringkat Daerah Temburong.
TEMBURONG - Hari Sabtu, 25 Februari 2023 bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023 bagi Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong.
TEMBURONG – Hari Khamis, 25 Rejab 1444 bersamaan 16 Februari 2023, bertempat di Kawasan Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun 2023 bagi Daerah Temburong.
Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.