Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFungsi dan Peranan Bahagian Institusi Mukim dan Kampung

Bahagian Institusi Mukim dan Kampung adalah satu bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta menyelaras aktiviti-aktiviti dan perkembangan produk-produk mukim dan kampung melalui 4 unit-unit dibawah:

 

1.      UNIT PENTADBIRAN PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG

 

2.      UNIT PENTADBIRAN MAJLIS-MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG

 

3.      UNIT PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PRODUK MUKIM DAN KAMPUNG

 

4.      UNIT KEBAJIKAN AM

 

 

 


(1) Unit Pentadbiran Penghulu Mukim dan Ketua Kampung

 

FUNGSI DAN PERANAN:

 

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung seperti permohonan cuti, keluar negeri dan transit;

 

  • Menyelaras perlantikan pengisian jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;

 

  • Mengemaskinikan status perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;

 

  • Meneliti dan memberi pandangan dan sokongan permohonan-permohonan orang ramai melalui PKRP untuk dihadapkan kepada agensi-agensi yang berkenaan;

 

  • Membuat surat menyurat yang berhubung kait dengan bidang tugas Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;

     
  • Menerima laporan bertulis daripada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung untuk dihadapkan kepada Pegawai Daerah setiap minggu;

     
  • Mengemaskinikan Fail-Fail Penghulu Mukim dan Ketua Kampung samada yang sudaha bersara atau pun yang masih dalam perkhidmatan;

 

  • Mengemaskini Rekod Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;

 

 


(2) Unit Pentadbiran Majlis-Majlis Perundingan Mukim (mpm) dan Majlis Perundingan Kampung (mpk)

FUNGSI DAN PERANAN:

 

  • Memantau dan Menyelaras Program Kerja, Aktiviti-Aktiviti serta Projek-Projek MPM / MPK;

 

  • Meneliti dan memberi pandangan dan sokongan permohonan-permohonan MPM/MPK bagi  bantuan  kewangan;

     
  • Sebagai Urusetia MPM/MPK Daerah Temburong;

     
  • Menilai keberkesanan MPM/MPK Daerah Temburong;

     
  • Memantau perlaksanaan Mesyuarat MPM/MPK;

     
  • Memastikan penyertaan MPM/MPK dalam Anugerah Kampung Cemerlang;

     
  • Mengemaskini Profil MPM/MPK;

     
  • Menghadapkan permohonan yang berbangkit melalui Mesyuarat MPM/MPK kepada agensi-agensi berkenaan.

 

 


(3) Unit perkembangan dan Kemajuan Produk Mukim dan Kampung

 

FUNGSI DAN PERANAN:

 

  • Memantau perkembangan produk mukim dan kampung, terutama sekali Satu Kampung, Satu Produk (SKSP);

 

  • Membantu memajukan SKSP melalui sokongan pembelian keperluan-keperluan yang dapat meningkatkan mutu SKSP;

     
  • Menyertai ekspo-ekspo penjualan produk-produk kampong sama ada dalam dan luar daerah;

     
  • Menambahbaik dan menambah produk-produk mukim dan kampong;



 


(4) Unit Kebajikan Am



FUNGSI DAN PERANAN:


  • Bahagian ini akan bertindak sebagai Urusetia bagi Kumpulan Kerja Penyiasat Daerah Temburong dan membuat laporan ke Jabatan Perdana Menteri.


  • Menerima permohonan daripada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan penduduk-penduduk kampung Daerah Temburong mengenai dengan permohonan perumahan daripada golongan daif, fakir dan miskin.


  • Meneliti segala permohonan-permohonan bantuan perumahan bagi golongan daif, fakir dan miskin yang telah dihadapkan.


  • Menerima aduan-aduan daripada berbagai pihak seperti orang-orang awam, pihak media dalam masalah-masalah yang di terjadi di Daerah Temburong.


  • Membuat lawatan dan penyiasatan terhadap aduan / permohonan bantuan perumahan yang diterima.


  • Menyelaras dengan agensi-agensi berkenaan mengenai dengan aduan-aduan dan  bantuan-bantuan perumahan.


  • Menerima laporan bencana-bencana alam yang di hadapi di Daerah Temburong.


  • Selaku Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah Temburong.


  • Bekerjasama dengan agensi-agensi berkenaan dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dari segi bantuan bagi rumah-rumah yang terjejas oleh bencana.


  • Menghadapkan laporan mengenai bencana-bencana di Daerah Temburong