Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERASMIAN JUALAN PRODUK KAMPUNG DAERAH TEMBURONG

DSC_4946.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS - 29 NOVEMBER 2018 – Jualan Produk Kampung Daerah Temburong yang bermula pada 29 November sehingga 02 Disember 2018 telah pun dirasmikan dengan Majlis Perasmian Jualan Produk Kampung Daerah Temburong pada hari ini, 21 Rabiulawal 1440 bersamaan 29 November 2018 bertempat di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir di Majlis Perasmian tersebut ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku tetamu kehormat. Turut hadir Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Imam Haji Ali Yussof bin Haji Arshad, Imam Masjid Kampung Pelambayan. Dan kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya lawatan ke petak-petak jualan.

Antara produk-produk kampung yang dijual disepanjang Jualan Produk Kampung Daerah Temburong adalah seperti kraftangan, makanan, kuih-kuih tradisi, telur masin dan sebagainya. Selain daripada itu di sepanjangan jualan produk kampung terdapat juga acara-acara atau aktiviti-aktiviti sampingan seperti permainan tradisi, peraduan mewarna, pakaian tradisi, demonstrasi kraftangan dan makanan tradisi dan sebagainya. 

Adalah tujuan utama Jualan Produk Kampung adalah untuk mempromosikan produk-produk yang diusahakan oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong dan penduduk-penduduk kampung di Daerah Temburong amnya.

DSC_5087.JPG

DSC_5130.JPG

Created at 01/12/2018 15:44 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 03/12/2018 16:17 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim