Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1440 HIJRAH BAGI DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2018-11-20 at 11.23.47 AM.jpeg

TEMBURONG - Hari Selasa, 20 November 2018Sebanyak 22 buah pasukan terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, agensi pertahanan dan keselamatan, mukim-mukim serta persatuan-persatuan di Daerah Temburong menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  bagi Tahun 1440 Hijrah yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Imam Masjid Kampung Selangan, Awang Mahdini bin Kamis, diikuti dengan Ceramah Khas Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat dalam Berkeluarga disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awangku Ahmad Fariz Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

Antara inti pati ceramah tersebut mengingatkan kita bahawa Rasulullah SSallallahu Alaihi Wasallam  merupakan tauladan yang sempurna bagi umat sejagat, sama ada umat Islam atau bukan, kerana Baginda diutuskan ke dunia sebagai rahmat untuk seluruh alam.

Oleh itu, demi untuk menteladani dan mendalami cinta kita kepada Rasul Allah, kita hendaklah mengenali  Baginda dengan mempelajari dan mengetahui sirah-sirah Baginda menjalani kehidupan bersama keluarga dan sahabat-sahabat.

Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban oleh gabungan pendikir-pendikir Masjid Utama Muhammad Salleh dan Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie.

Tetamu kehormat kemudian diperkenalkan dan menyampaikan sijil-siil penyertaan kepada ketua-ketua pasukan dan seterusnya mengepalai Pasukan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan dan Perarakan mengelilingi Pekan Bangar diikuti oleh pasukan-pasukan lain.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Khairul Shahrul bin Haji Duahim selaku Pengerusi Majlis.

WhatsApp Image 2018-11-20 at 11.23.47 AM.jpeg

DSC_4241.JPG

WhatsApp Image 2018-11-20 at 11.19.31 AM.jpeg


Created at 22/11/2018 11:51 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 22/11/2018 11:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang