Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1440 HIJRAH BERSAMAAN 2018 MASEHI

WhatsApp Image 2018-11-10 at 8.16.42 PM (2).jpeg

​TEMBURONG - Sabtu, 10 NOVEMBER 2018 – Rombongan Dikir Maulud Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan di bawahnya diadakan pada hari ini, 02 Rabiulawal 1440H bersamaan 10 November 2018M,  bertempat di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1440 Hijrah Bersamaan 2018 Masehi.

 Majlis telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku ketua rombongan dan wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong. Acara telah dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Jabatan Daerah Temburong dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Ahli-Ahli Takmir Masjid.

Majlis Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya adalah permulaan kepada kesinambungan rombongan Kementerian ke daerah-daerah dalam sama-sama menyemarakan hari-hari kebesaran Islam. Seterusnya rombongan dikir maulud akan berkunjung ke Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang Daerah Brunei Muara pada 05 Rabiulawal 1440H bersamaan 13 November 2018M.

WhatsApp Image 2018-11-10 at 8.16.42 PM.jpeg

WhatsApp Image 2018-11-10 at 8.16.42 PM (1).jpeg

Created at 12/11/2018 10:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 12/11/2018 10:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang