Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM (HPA) KALI KE-26

DSC_6611.JPG

TEMBURONG - 28 September 2019, Sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-26, Jabatan Perkhidmatan Awam mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaa Siin dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. Majlis diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Awang Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan bacaan Doa Yaa Siin, diketuai oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad.

Majlis diikuti dengan bacaan Doa Khas sempena HPA Ke-26 tahun 2019.

Antara yang menyertai majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Muhammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim; Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Jamil bin Haji Abd. Ghani; Ketua-ketua Cawangan; Penghulu-Penghulu Mukim; Ketua-Ketua Kampung; juga penduduk kampung di daerah itu.

HPA diraikan pada setiap 29 September, setiap tahun, sebagai usaha memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam perkhidmatan awam, memberikan pengiktirafan dan memperbaharui komitmen seluruh anggota perkhidmatan awam di negara ini.

Ia juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka sebagai nadi penggerak urus tadbir kementerian dalam melaksanakan 'core business' yang dipertanggungjawabkan.

DSC_6607.JPG

Created at 30/09/2019 08:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 30/09/2019 08:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang