Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG TANJUNG BUNGAR, MUKIM BATU APOI, DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2019-04-12 at 8.18.45 PM (6).jpeg

​TEMBURONG – Hari Jumaat, 06 Sya'ban 1440 bersamaan 12 April 2019 bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar Temburong diadakan Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Tanjung Bungar, Mukim Batu Apoi, Temburong.

Aturcara Majlis tersebut dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan Doa dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Bersama Majlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga selaku Pengerusi Bersama Majlis dan diikuti dengan ucapan daripada calon Ketua Kampung Tanjung Bungar, Yang Mulia Awang Gromical anak Minggan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat penerangan tatacara pengundian dan pemilihan calon ketua kampung yang disampaikan oleh Yang Mulia Ampuan Noorirawaty binti Ampuan Haji Razid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong.

Selesai sahaja taklimat penerangan tatacara pengundian dan pemilihan calon ketua kampung, acara pengundian di jalankan. Setelah pengundian ditutup, majlis kemudiannya diteruskan dengan pengiraan undi dan pengumuman jumlah undi. 

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Md Zamree bin Haji Junaidi, Pegawai Pentadbir Kanan, wakil dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong. 

Calon tunggal bagi Majlis Pengundian dan Pemilihan tersebut ialah Awang Gromical anak Minggan berusia 55 tahun dan pada masa ini berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai anggota Bomba dan Penyelamat.

Dari jumlah 106 orang penduduk yang hadir, seramai 104 orang bersetuju manakala 2 orang mengundi tidak setuju.

Keputusan pengundian yang diperolehi akan dihadapkan kepada ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

WhatsApp Image 2019-04-12 at 8.18.45 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2019-04-12 at 8.18.45 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-04-12 at 8.18.45 PM (3).jpeg

WhatsApp Image 2019-04-12 at 8.18.45 PM (4).jpeg

Created at 13/04/2019 09:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 13/04/2019 09:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang